Pengarah Urusan Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB) Syaiful Azmen Nordin (dua, kanan) menunjukkan pengiktirafan diterima sempena Anugerah Impak Positif ESG pada 23 Ogos 2022. Foto Facebook Gerbang Maritim Selangor
AGENSISELANGOR

Pulihkan Sungai Klang, projek Gerbang Maritim diiktiraf cemerlang

SHAH ALAM, 20 OKT: Projek Gerbang Maritim Selangor (SMG) menerima Anugerah Kecemerlangan Korporat bagi Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) 2022 pada 23 Ogos lalu.

Pengendali projek Landasan Lumayan Sdn Bhd memaklumkan anugerah itu satu pengiktirafan atas usaha mereka menjadikan Sungai Klang sebagai sumber dan aset berharga untuk Selangor.

“Kami berbesar hati diiktiraf bersama pemenang lain seperti FGV Holdings Berhad, EcoWorld Development Group Berhad, UEM Edgenta Berhad dan Mah Sing Group Berhad.

“Matlamat Pembangunan Mampan bukan sahaja akan membina dunia yang lebih baik tetapi memupuk matlamat untuk membangunkan masyarakat inklusif dan mampan,” kata syarikat itu di Facebook.

Pengiktirafan menerusi Anugerah Impak Positif ESG memilih syarikat kecil dan sederhana hingga besar di Malaysia yang menunjukkan amalan ESG baik.

SMG menumpukan usaha membersih dan memulihkan sungai melalui sistem pemantauan penyebaran kualiti air, perangkap sampah dan penggunaan jentera pengutip sampah canggih Interceptor.

Atas usaha itu, sejumlah 75,402 tan metrik sisa pepejal berjaya dikeluarkan dari Sungai Klang antara 2016 hingga September tahun lalu melalui projek terbabit.


Pengarang :