Dato’ Menteri Besar Dato’ Amirudin Shari melawat reruai jualan ketika majlis penutup Karnival Usahawan I-Seed sempena Deepavali 2022 di Dataran Chetty, Klang pada 9 Oktober 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Selangor belanja RM1 juta bantu lebih 3,000 pelajar India ke sekolah

KLANG, 10 OKT: Hampir RM1 juta dibelanjakan negeri bagi menampung kos tambang bas 3,269 pelajar sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) tahun ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata bantuan sokongan itu bertujuan memastikan tiada pelajar India berdepan kekangan untuk menimba ilmu pengetahuan.

“Setiap penerima mendapat RM300 seorang dan agihan sudah selesai. Mereka adalah pelajar dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah (B40),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan penutupan majlis Karnival Usahawan Indian Selangor Empowerment and Entrepreneurs Development (I-Seed) yang berlangsung mulai Jumaat hingga semalam.

Jelas Amirudin, Kerajaan Negeri turut memperuntuk belanja lebih RM5 juta sejak beberapa tahun ini bagi membantu 97 SJKT di seluruh Selangor.

“Tak ada satu SJKT pun yang tak terima sumbangan ini. Kita agihkan bantuan kepada semua sekolah bagi meningkatkan kualiti pendidikan,” katanya.

Pada Mei, Amirudin memaklumkan peruntukan sejumlah RM26.5 juta untuk menambah baik infrastruktur sekolah rendah dan menengah di negeri ini.

Sumbangan dikhususkan buat sekolah yang tidak menerima bantuan penuh daripada kerajaan persekutuan.


Pengarang :