Hujan lebat di sekitar ibu kota Kuala Lumpur pada 18 Julai 2022. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Selangor, KL dan Putrajaya diramal hujan lebat hingga 12 tengah hari

SHAH ALAM, 9 OKT: Seluruh kawasan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya diramal mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 12 tengah hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan cuaca buruk itu juga dijangka melanda Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Selain itu, beberapa kawasan di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Pahang dan Sarawak turut diramal mengalami keadaan cuaca yang sama.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :