Kenderaan meredah air banjir dalam keadaan trafik sesak sekitar Kuala Lumpur disebabkan banjir kilat yang berlaku akibat hujan lebat yang berterusan sejak awal petang pada 10 Sept 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Selangor, KL dan Putrajaya diramal hujan lebat hingga 7 malam

SHAH ALAM, 4 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga jam 7 malam esok.

Agensi itu menerusi Twitter memaklumkan keadaan sama dijangka di negeri lain antaranya seluruh Perlis, Melaka dan Labuan serta Kedah melibatkan Kubang Pasu, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

Manakala Pulau Pinang di Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan; Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim), Kelantan (Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang), Terengganu (Besut, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman).

Pahang pula melibatkan Raub, Jerantut, Bentong, Kuantan dan Rompin; Negeri Sembilan (Seremban, Rembau dan Tampin) serta Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Sementara Sarawak di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong (Betong), Sibu (Selangau), Mukah, Kapit (Belaga), Bintulu, Miri dan Limbang serta Sabah di Pedalaman (Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Tongod, Telupid dan Beluran) dan Kudat (Kota Marudu).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :