Kontinjen SUK Selangor bergambar bersama selepas majlis pembukaan karnival Sukan SUKSEM ke-8 2022 di Stadium Panasonic, Shah Alam pada 25 Oktober 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDASUKANKINI

Selangor tempat ketiga, Sarawak juara keseluruhan SUKSEM 2022

SHAH ALAM, 31 OKT: Kontinjen Selangor menduduki tempat ketiga dalam Sukan Setiausaha Kerajaan Negeri SeMalaysia (SUKSEM) yang berlangsung pada 25 hingga 30 Oktober.

Mengutip 22 mata keseluruhan, tuan rumah berjaya meraih satu emas dalam acara e-sukan menerusi PUBG dan Mobile Legend manakala dua perak disumbang skuad bola jaring serta boling.

Sarawak muncul juara edisi kali ini dengan 51 mata selepas meraih tiga emas, dua perak dan tiga gangsa diikuti Sabah dengan 30 mata hasil pungutan tiga emas.

SUKSEM kali ini yang tertangguh sejak dua tahun lalu akibat penularan Covid-19 menjadi penganjuran julung kali di Selangor.

Sebanyak 10 acara sukan dipertandingkan antaranya bola sepak, badminton, sepak takraw, bola jaring dan bola tampar.


Pengarang :