Dato’ Seri Amirudin Shari menyerahkan sumbangan keperluan asas kepada penduduk sempena program Jelajah Kita Selangor di Kampung Tasek Tambahan, Ampang pada 6 Mac 2021. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Selangor tumpu keperluan penduduk, pastikan semua terima manfaat

Oleh NUR AISHAH MOHD AMIN

SHAH ALAM, 13 OKT: Program dilaksana Kerajaan Selangor tidak tertumpu kepada satu-satu kaum sebaliknya dibuat mengikut keperluan setiap individu.

Dato’ Menteri Besar berkata beberapa tahun kebelakangan ini, Kerajaan Negeri membelanjakan jutaan ringgit bagi program kesihatan dan pendidikan yang memberi manfaat kepada semua rakyat.

“Bila kita umum projek atau program kita sentiasa umum untuk setiap individu termasuk Melayu dan bukan Melayu.

“Polisi kami adalah berdasarkan keperluan bukan mengikut warna kulit atau agama tertentu,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari dalam wawancara bersama Vanakkam Malaysia News malam tadi.

Bagaimanapun Amirudin berkata beliau tetap terbuka menerima kritikan dan sedia membaiki kelemahan dalam pentadbiran.

“Kami sentiasa berusha untuk menyakinkan rakyat, pintu sentiasa terbuka untuk memberi sebarang komen atau pandangan,” katanya.


Pengarang :