Foto Facebook MPHuluSelangor
PBTSELANGOR

Selenggara Balai Raya Taman Melati di luar bidang kuasa MPHS

SHAH ALAM, 28 OKT: Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) menegaskan pengurusan Balai Raya Taman Melati, Serendah di luar bidang kuasanya.

Yang Dipertua Mohd Hasry Nor Mohd menerusi Facebook menjawab kenyataan pihak tertentu yang mendakwa dewan berkenaan tidak diuruskan dengan baik.

“Pihak majlis hanya mengurus dan menyelenggara 15 dewan milik majlis.

“Bagi bangunan yang berstatus balai raya, pengurusan dan penyelenggaraannya sama ada oleh Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Selangor atau Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK),” katanya.

Sebelum ini tular video di TikTok Senator Datuk T Mohan yang mengutarakan isu dewan yang terbengkalai di Taman Melati, Serendah.

Senarai dewan orang ramai selenggaraan MPKS:

  1. Dewan Orang Ramai Bernam Jaya
  2. Dewan Orang Ramai Batang Kali
  3. Dewan Orang Ramai Hulu Bernam
  4. Dewan Orang Ramai Kalumpang
  5. Dewan Orang Ramai Kerling
  6. Dewan Orang Ramai Hulu Yam Bharu
  7. Dewan Orang Ramai Serendah
  8. Dewan Orang Ramai Sungai Choh
  9. Dewan Merdeka Kuala Kubu Bharu
  10. Dewan Komuniti Serendah
  11. Dewan Komuniti Bukit Sentosa
  12. Auditorium Dato Abd Hamid, Batang Kali
  13. Dewan Dato’ Abd Hamid, Batang Kali
  14. Dewan Orang Ramai Rasa Tambahan
  15. Dewan Danau Hulu Bernam

Pengarang :