EXCO Pembangunan Usahawan yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Batu Tiga Rodziah Ismail bercakap kepada Media Selangor ketika program Jelajah Ehsan Rakyat peringkat DUN Batu Tiga di Laman Tijarah, Klang pada 1 Oktober 2022. FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

Sempena Deepavali, DUN Batu tiga agih 600 baucar beli-belah RM100

KLANG, 1 OKT: Seramai 600 keluarga India berpendapatan rendah di DUN Batu Tiga menerima baucar beli belah RM100 sempena sambutan perayaan Deepavali bulan ini.

Wakil rakyat Rodziah Ismail berkata agihan dibuat minggu hadapan di pasar raya Giant Kota Kemuning bagi meringankan beban menyediakan kelengkapan raya.

“Sebanyak 400 baucar dari inisiatif Jom Shopping Raya anjuran Kerajaan Negeri manakala 200 lagi merupakan peruntukan DUN.

“Setiap tahun kita sediakan dana tambahan ini memandangkan ramai penduduk berpendapatan rendah perlu dibantu,” katanya ditemui di Jelajah Ehsan Rakyat di Kampung Kuantan hari ini.

Jom Shopping Raya diperkenalkan Kerajaan Negeri menyasar golongan berpendapatan rendah sebagai inisiatif jangka panjang bagi membela kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Serahan bantuan dibuat melalui pusat khidmat masyarakat di kawasan masing-masing mengikut komponen utama kaum dan sambutan perayaan.

Tahun ini sebanyak RM8 juta dikhaskan untuk program Jom Shopping semua perayaan dengan RM3.34 juta dikhaskan sempena Aidilfitri pada Mei.


Pengarang :