Kumpulan pemuzik jalanan membuat persembahan bagi menghiburkan peserta program Vaksin Selangor (Selvax) Komuniti anjuran DUN Tanjung Sepat di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan MPKL Banting Baru, Kuala Langat pada 6 Ogos 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

Sertai pertandingan pemuzik jalanan MBSJ, RM2,000 menanti juara

SHAH ALAM, 1 OKT: Peminat muzik dipelawa menyertai pertandingan pemuzik jalanan anjuran Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) pada 22 Oktober depan.

Pertandingan Rentak Buskers MBSJ 2022 sempena ulang tahun kedua pihak berkuasa tempatan itu terbuka kepada pemuzik solo dan berkumpulan dengan yuran penyertaan sebanyak RM50.

Pemenang akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM2,000 diikuti naib johan (RM1,500) dan ketiga (RM1,000).

Acara yang bakal berlangsung di tapak parkir MBSJ turut menyediakan tiga hadiah sagu hati masing-masing berjumlah RM300 selain menerima hamper dan sijil.

Menurut poster di Facebook, pertandingan akan bermula pada jam 12 tengah hari hingga 7 malam bagi saringan awal manakala peringkat akhir pada jam 8.45 hingga 10 malam.

Mereka yang berminat boleh hubungi Bahagian Kebudayaan dan Pelancongan MPSJ di talian 012-290 2916 (Isma Izhar) dan 012-345 7145 (Khairul Nizam).


Pengarang :