Calon Naib Presiden Parti KEADILAN Rakyat (KEADILAN) Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin berucap ketika program Rapat Mega KEADILAN Cabang Gombak di Pusat Khidmat Penyelaras Parlimen Gombak pada 16 Mei 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Shamsul Iskandar cabar Zahid, anak Nik Aziz bertanding di Pasir Salak

SHAH ALAM, 28 OKT: Bekas Timbalan Menteri Industri Utama Datuk Seri Shamsul Iskandar Mat Akin bakal mencabar Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di kerusi Bagan Datuk.

Perkara itu diumumkan pada majlis pengumuman calon Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) bagi kerusi di Semenanjung di Padang MPAJ Taman Kosas, Ampang malam ini.

Kerusi parlimen yang disandangnya kini Hang Tuah Jaya bakal dipertahankan Ketua Angkatan Muda KEADILAN Adam Adli Abdul Halim dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Sementara itu, Nik Omar Nik Abdul Aziz, anak kepada bekas Musyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, pula bertanding di Pasir Salak, satu lagi kubu kuat Umno di Perak.

Sebelum ini, mantan yang dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia itu sudah diumumkan mewakili KEADILAN bersama enam lagi calon berprofil tinggi oleh Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bekas timbalan perdana menteri itu turut diumum bertanding di Tambun, Perak, antara langkah Pakatan Harapan menyusun gerakan menawan negeri berkenaan.

Dalam majlis tersebut, Shamsul dan Nik Omar antara 72 calon yang menandatangani bon aku janji, persetujuan pemulangan yuran deposit pencalonan dan persetujuan pemotongan elaun wakil rakyat.

Bagaimanapun, calon-calon KEADILAN untuk Sabah dan Sarawak akan diumumkan masing-masing di Kota Kinabalu dan Miri minggu depan.

Berikut senarai penuh calon KEADILAN bagi kerusi Parlimen Perak:

Lenggong – Datuk Jurey Latiff Mohd Rosli
Bagan Serai – Siti Aishah Shaik Ismail
Padang Rengas – Muhammad Kamil Abdul Munim
Tambun – Datuk Seri Anwar Ibrahim
Gopeng – Tan Kar Hing
Pasir Salak – Nik Omar Nik Abdul Aziz
Bagan Datuk – Shamsul Iskandar Mat Akin
Tanjong Malim – Chang Lih Kang (penyandang)

Senarai penuh calon KEADILAN bagi kerusi Parlimen Johor seperti berikut:

Segamat – Yuneswaran Ramaraj
Sekijang – Dr Zaliha Mustapha
Pagoh – Iskandar Shah Abd Rahman
Ledang – Syed Ibrahim Syed Noh (penyandang)
Batu Pahat – Onn Abu Bakar
Simpang Renggam – Dr Maszlee Malek (penyandang)
Tenggara – Zuraidah Zainab Mohd Zain
Tebrau – Jimmy Puah Wee Tse
Pasir Gudang – Hassan Karim (penyandang)
Johor Baharu – Akmal Nasrullah Mohd Nasir (penyandang)
Pontian – Mohd Sayfaul Ariffin Abdul Karim


Pengarang :