EXCO Industri dan Perdagangan Dato’ Teng Chang Khim bercakap kepada media selepas menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Wavpay Fintech Holdings Sdn Bhd (Wavpay) dan AmGeneral Insurance Berhad (AmGeneral) bagi pelaksanaan Skim Insurans Am Selangor (INSAN) di Bilik Gerakan Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES), Shah Alam pada 21 Oktober 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Skim insurans percuma, 2,000 hingga 3,000 individu disasar daftar setiap hari

SHAH ALAM, 21 SEPT: Seramai 2,000 hingga 3,000 individu disasar setiap hari mendaftar Skim Insurans Am Selangor  (INSAN) yang dibuka mulai 1 Oktober lalu, kata EXCO Industri dan Perdagangan.

Dato’ Teng Chang Khim berkata taklimat sudah diberikan kepada penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen supaya mempergiatkan promosi serta membantu rakyat mendaftar skim insurans percuma tersebut.

“Setakat ini bilangan pendaftaran skim insurans ini melebihi 40,000 orang. Kita sudah minta petugas DUN dan Parlimen mengajak rakyat mendaftar INSAN.

“Skim ini bakal dilancarkan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dalam Jelajah Selangor Penyayang di Klang esok. Kita yakin bilangan individu mendaftar akan mencatat peningkatan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Wavpay Fintech Holdings Sdn Bhd (Wavpay) dan AmGeneral Insurance Berhad (AmGeneral) bagi pelaksanakan INSAN di Bilik Gerakan Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES), di sini hari.

Pada 30 Ogos, Dato’ Menteri Besar memaklumkan seramai enam juta rakyat bakal menerima Insan dengan kos premium ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri.

Menurut Amirudin, setiap individu menerima perlindungan RM10,000 untuk kematian, kemalangan dan kecederaan mengikut jenis.

Skim dengan nilai perlindungan RM60 bilion itu boleh didaftar hingga 30 September tahun depan, dengan memuat turun aplikasi e-dompet Wavpay melalui App Store atau Google Play.

Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan melayari laman sesawang www.wavpay.net.


Pengarang :