Ibu bapa membawa anak-anak berkunjung ke reruai Anak Istimewa Selangor (AnIS) bagi mendapatkan maklumat program dan menyertai aktiviti yang disediakan dalam Jelajah Selangor Penyayang di Padang Awam Batu Caves, Gombak pada 31 Julai 2022. Foto Facebook Anak Istimewa Selangor – ANIS
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Skim insurans percuma ditawar kepada rakyat Selangor bermula hari ini

SHAH ALAM, 1 OKT: Rakyat Selangor bermula hari ini boleh mendaftar dalam Skim Insurans Am Selangor (Insan) diperkenalkan Kerajaan Negeri.

Syarat kelayakan bagi menyertai program skim insurans percuma ini adalah nombor kad pengenalan atau alamat didaftarkan serta pengundi di negeri ini.

Pendaftaran boleh dibuat dengan memuat turun aplikasi e-dompet Wavpay melalui App Store atau Google Play.

Insan adalah perlindungan insurans am berkumpulan dilaksanakan agensi Kerajaan Negeri, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI  kepada enam juta rakyat Selangor ditawarkan kepada individu berumur bermula dari 30 hari sehingga 80 tahun.

Perlindungan insurans sehingga RM10,000 adalah untuk hilang keupayaan kekal dan kematian disebabkan kemalangan.

Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan melayari laman sesawang www.wavpay.net .

EXCO Kerajaan Negeri Dato’ Teng Chang Khim menerusi Facebook berkongsi maklumat sama meminta orang ramai ketika mendaftar bersabar menunggu kata laluan sekali guna (OTP) dan tidak menekan berulang kali yang boleh menyebabkan talian tergendala.

Pada 30 Ogos, Dato’ Menteri Besar memaklumkan seramai enam juta rakyat bakal menerima Insan dengan kos premium ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri.

Menurut Dato’ Seri Amirudin Shari, setiap individu menerima perlindungan RM10,000 untuk kematian, kemalangan dan kecederaan mengikut jenis.

Skim dengan nilai perlindungan RM60 bilion itu boleh didaftar mulai hari ini hingga 30 September tahun depan.

 

 


Pengarang :