Anggota Lembaga Zakat Selangor bersama pihak Masjid Felda Bukit Cherakah mengadakan program jejak kemiskinan di Kuala Selangor, baru-baru ini bagi mengenal pasti penduduk yang layak menerima bantuan. Foto Facebook Lembaga Zakat Selangor
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Skuad jejak asnaf pastikan tiada tercicir dapat bantuan zakat

SHAH ALAM, 19 OKT: Lembaga Zakat Selangor (LZS) bersama Masjid Felda Bukit Cherakah mengadakan program jejak kemiskinan baru-baru ini bagi mengenal pasti penduduk yang layak menerima bantuan.

Menurut LZS, usaha itu berikutan banyak perumahan baharu yang wujud di kawasan tersebut menyebabkan kariah terlepas pandang mereka yang layak disenaraikan sebagai asnaf fakir dan miskin.

“Dalam program ini, ahli kariah dibanci untuk mengenal pasti sama ada layak disenaraikan sebagai asnaf fakir miskin (atau tidak).

“Manakala asnaf fakir miskin sedia ada, dikemas kini maklumat isi rumah agar maklumat mereka sentiasa terkini,” kata agensi itu di Facebook.

Menurut portal LZS, sebanyak RM663.38 juta kutipan zakat dibuat antara Januari hingga September lalu dengan RM653.29 juta selesai diagihkan kepada golongan layak.


Pengarang :