Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Assunta, Petaling Jaya menjuarai pertandingan video pendek sempena Hari Kemerdekaan ke-65 anjuran Yayasan Selangor. Foto Facebook Yayasan Selangor
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

SMK Assunta juara video pendek Hari Merdeka anjuran Yayasan Selangor

SHAH ALAM,5 OKT: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Assunta, Petaling Jaya menjuarai pertandingan video pendek sempena Hari Kemerdekaan ke-65 anjuran Yayasan Selangor dengan membawa pulang wang tunai RM700.

Pertandingan tersebut menyaksikan SMK Bagan Terap, Sungai Besar meraih tempat kedua manakala SMK Dato’ Harun, Tanjung Karang tempat ketiga dengan masing-masing memenangi wang tunai RM400 dan RM200.

Yayasan Selangor memaklumkan pihaknya mengambil inisiatif menganjurkan pertandingan tersebut untuk menanam sifat cintakan negara dalam diri setiap rakyat Malaysia terutama dalam kalangan generasi muda.

“Penganjuran kali ini menyasar penyertaan sekolah yang menempatkan murid tajaan Yayasan Selangor dengan objektif penganjuran untuk terus memupuk nilai kecintaan kepada tanah air di samping mencungkil bakat kreatif murid-murid.

“Pertandingan bermula sejak 1 sehingga 25 Ogos itu menerima sebanyak 21 video penyertaan merangkumi pelbagai jenis persembahan seperti bacaan puisi, syair dan nyanyian,” katanya menerusi kenyataan.

Menerusi pertandingan sama, tujuh penyertaan menerima hadiah saguhati dengan masing-masing menerima wang tunai RM100.

Video pendek SMK Assunta yang dinobatkan sebagai juara boleh ditonton menerusi YouTube Yayasan Selangor https://youtu.be/YVruIwii0J4
dan TikTok Yayasan Selangor https://bit.ly/3rqIgB6

Pengarang :