Kakitangan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) membantu peserta memohon sijil dan perbaharui secara atas talian ketika Program Jelajah Usahawan Digital Selangor 2022 di Dewan Beringin, Gombak pada 19 Mac 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

SSM lanjut tempoh insentif potongan kompaun hingga 31 Disember

KUALA LUMPUR, 31 OKT: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan melanjutkan insentif pengurangan kompaun bawah Akta Syarikat 1965 bermula 1 November hingga 31 Disember.

Melalui insentif itu, syarikat dan pengarah syarikat layak mendapat pengurangan 90 peratus daripada nilai asal kompaun bagi semua kompaun bawah Akta Syarikat 1965, katanya dalam kenyataan hari ini.

SSM berkata lanjutan tempoh itu bertujuan membantu memberikan lebih masa untuk syarikat mengambil tindakan bagi mematuhi perundangan serta meringankan beban kewangan ke arah pemulihan ekonomi negara dalam fasa peralihan ke endemik.

“Insentif ini telah dilaksanakan sela​ma empat bulan bermula 1 Mac hingga 30 Jun sebelum dilanjutkan sehingga 31 Oktober,” katanya.

SSM berkata semakan status kompaun boleh dilakukan melalui emel ke [email protected] atau hadir di mana-mana pejabat SSM di seluruh Malaysia, dan secara dalam talian melalui pautan e-Kompaun atau di pautan portal EzBiz Online​.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Pusat Panggilan SSM di talian 03-77214000 atau emel [email protected]. – BERNAMA


Pengarang :