Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dipersembah watikah rasmi naik taraf Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) sebagai Universiti Islam Antarabangsa Selangor (UIS). Foto Facebook Selangor Royal Office
AGENDANASIONAL

Sultan dipersembah watikah naik taraf Kuis sebagai universiti

SHAH ALAM, 18 OKT: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor berkenan menerima menghadap Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar di Istana Bukit Kayangan, di sini hari ini.

Selangor Royal Official menerusi Facebook memaklumkan Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dipersembah watikah rasmi naik taraf Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) sebagai Universiti Islam Antarabangsa Selangor (UIS).

Hadir sama pertemuan tersebut Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Haji Haris Kasim merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah UIS dan Ahli-ahli Lembaga Pengarah UIS.

UIS merupakan sebuah institusi pengajian tinggi Islam milik penuh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang ditubuhkan di bawah akta IPTS 1996.

Penubuhan secara rasmi pada 15 Februari 1995 membuktikan komitmen Selangor membangunkan agenda pendidikan dan kecemerlangan ilmu sebagai legasi pendidikan DYMM tuanku yang sentiasa dipelihara dan disantuni untuk menjadi peneraju tradisi ilmu serta penyatuan umat Islam negeri ini.


Pengarang :