DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj diiringi Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) Dato’ Prof Dr Mohd Roslan Sulaiman (kiri) berkenan menerima cek cura RM30,000 daripada Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Dr Ahmad Shahir Makhtar sempena Majlis Makan Malam Sirih Pulang Ke Gagang @ Homecoming ke-11 di Dewan Besar UPM, Serdang pada 1 Oktober 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Sultan Selangor berkenan salur sumbangan RM30,000 Mais untuk Alumni UPM

SHAH ALAM, 3 OKT: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor berkenan menerima sumbangan RM30,000 daripada Majlis Agama Islam Selangor (Mais) untuk disalur kepada Universiti Putra Malaysia (UPM).

Cek cura sumbangan diserahkan Setiausaha Mais Dr Ahmad Shahir Makhtar kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj sempena Majlis Makan Malam Amal Sirih Pulang ke Gagang @ Homecoming ke-11 kelmarin.

“Sumbangan tersebut merupakan dana melalui peruntukan wang Baitulmal Mais untuk Tabung Sumbangan Alumni UPM,” menurut agensi itu di Facebook.

Pada 1 Oktober, Sultan Sharafuddin yang juga Canselor UPM berkenan menghadiri majlis makan malam di Dewan Besar UPM sempena kemuncak Sambutan Jubli Emas 50 Tahun UPM (1971-2021).

Ketibaan Baginda disambut Naib Canselor UPM Dato’ Prof Dr Mohd Roslan Sulaiman dan Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM Prof Madya Dr Arba’ie Sujud.

DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj diiringi oleh Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) Dato’ Prof Dr Mohd Roslan Sulaiman (kanan) melihat Buku The Three Founding Faculties ”Spurring” The Glories of UPM selepas melancarkan buku tersebut sempena Majlis Makan Malam Sirih Pulang Ke Gagang @ Homecoming ke-11 di Dewan Besar UPM, Serdang pada 1 Oktober 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Baginda turut berkenan melancarkan buku mewah (coffee table book) The Three Founding Faculties “Spurring The Glories of UPM”.

Dalam majlis itu, seramai 17 individu menerima Anugerah Apresiasi Alumni manakala tiga lagi Anugerah Jasa Alumni.

Bertemakan Seluhur Budi Sekalung Kasih, majlis berkenaan dihadiri 500 alumni serata negara selepas dua tahun tidak diraikan akibat Covid-19.


Pengarang :