DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan bertitah sempena Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Negeri, Shah Alam pada 6 Oktober 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDA NASIONAL

Sultan Selangor: Hanya pengerusi boleh buat kenyataan keputusan Jawatankuasa Muzakarah MKI

Oleh SUHAILA SHAHRUL ANNUAR

SHAH ALAM, 6 OKT: Sebarang kenyataan berhubung keputusan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) hanya boleh dibuat pengerusi muzakarah.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bertitah ketetapan itu bagi menjamin integriti dan kepercayaan rakyat terhadap jawatankuasa berkenaan.

“Ini penting untuk memastikan agar keputusan muzakarah di peringkat kebangsaan dan fatwa di peringkat negeri tidak dipengaruhi unsur-unsur politik kepartian.

“Jabatan Kemajuan Islam Malaysia hanya bertindak sebagai urusetia Jawatankuasa Muzakarah MKI,” titah Baginda ketika berucap dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah MKI Kali Pertama 2022 di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Negeri di sini hari ini.


Pengarang :