DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan mengutus ucapan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada seluruh penganut agama Hindu di Malaysia yang meraikannya. Foto Facebbok Selangor Royal Office
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Sultan Selangor zahir harapan simbol cahaya terus sinari semangat perpaduan

OLEH SUHAILA SHAHRUL ANNUAR

SHAH ALAM, 24 OKT: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor berkenan mengutuskan ucapan Selamat Hari Deepavali kepada penganut agama Hindu.

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Tengku Permaisuri Norashikin berharap pesta cahaya kali ini disambut dalam suasana yang meriah, harmoni, hormat-menghormati dan bersatu-padu.

“Semoga limpahan cahaya yang menjadi simbol perayaan Deepavali akan terus menyinari semangat perpaduan antara kaum di Malaysia. Deepavali Valthukal,” menurut kenyataan dikongsi Facebook Selangor Royal Office.


Pengarang :