Ketua Pemasaran Digital Astra Taipan Noor Adzimah Md Desa menunujukkan aplikasi pengedaran pintar ketika Sidang Kemuncak Peniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 8 Oktober 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Syarikat bangun sistem digital bantu usahawan baharu pasarkan produk

KUALA LUMPUR, 8 OKT: Syarikat pengedaran Astra Taipan membangunkan sistem digital bagi mempromosi dan memasarkan produk usahawan secara lebih meluas.

Ketua Pemasaran Digital Noor Adzimah Md Desa berkata menerusi sistem Stealth, pihaknya membantu peniaga terutama usahawan baharu yang tidak mahir dalam aspek pemasaran untuk memperkenalkan produk mereka.

“Kami mempunyai gudang selain jalinkan kerjasama dengan pemborong runcit. Jadi produk pelanggan ini diletakkan di premis-premis ini mengikut kesesuaian dan sasaran pembeli.

“Kami memberi perkhidmatan kepada pengusaha produk makanan dan minuman dan juga produk kegunaan harian (household). Kami sedang mencari dan menambah produk lain untuk dipasarkan,” katanya ditemui di Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2022 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.

Bagi meyakinkan pelanggan, Noor Adzimah berkata sistem berkenaan dilengkapi aplikasi Repod yang memudahkan pelanggan memantau penjualan produk mereka.

“Pelanggan juga boleh menggunakan aplikasi untuk pelbagai urusan antaranya pembayaran bil dan pembayaran tunai ketika serahan (COD),” katanya.

Pengunjung melawat pelbagai gerai pameran ketika Sidang Kemuncak Peniagaan Antarabangsa Selangor di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 7 Oktober 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

SIBS berlangsung mulai Khamis hingga esok menyasarkan 30,000 pengunjung dan setakat dua hari penganjurannya sejumlah RM1.12 bilion nilai transaksi berjaya diperoleh.

Tahun ini persidangan menampilkan enam acara utama iaitu Ekspo Antarabangsa Selangor (Makanan dan Minuman), Ekspo Antarabangsa Selangor (Perubatan) dan Ekspo Taman Perindustrian Selangor.

Progam Bandar Pintar dan Ekonomi Digital Selangor, Ekspo Penyelidikan dan Pembangunan serta Inovasi Selangor dan Persidangan Perniagaan Asia turut diketengahkan.

Kakitangan Etomal menunujukkan produk makanan kucing menggunakan larva lalat askar hitam sempena Sidang Kemuncak Peniagaan Antarabangsa Selangor di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 7 Oktober 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Pengarang :