Dato’ Menteri Besar Selangor Dato’ Amirudin Shari berucap sempena pembukaan Persidangan Perniagaan Keluarga 2022 Asia Pasifik kali kedua di Hotel Hilton, Petaling Jaya pada 18 Oktober 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Syarikat keluarga harus imbang pencapaian ekonomi, sumbangan kepada masyarakat

PETALING JAYA, 18 OKT: Syarikat daripada perniagaan keluarga berperanan penting menyumbang kepada ekonomi negeri tanpa mengabaikan aspek kelestarian seiring matlamat pembangunan mampan (SDG).

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata kejayaan sesebuah syarikat daripada perniagaan keluarga mampu memberi keseimbangan dan keselesaan dalam kehidupan masyarakat.

“Kerajaan Negeri juga sentiasa menyokong penglibatan swasta yang membantu syarikat daripada perniagaan keluarga di Malaysia khususnya di Selangor.

“Pencapaian ekonomi harus diseimbangkan dengan kehidupan selesa dan bermakna kepada masyarakat serta komuniti. Justeri Kerajaan Negeri menerusi Yayasan Selangor sentiasa menyokong usaha pembangunan mampan.

“Kehidupan perniagaan yang bermula dengan keluarga mampu melihat aspek-aspek seperti ini dan menentukan kejayaan sekarang serta akan datang,” katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan pembukaan Persidangan Perniagaan Keluarga 2022 Asia Pasifik kali kedua di sini, hari ini.

Sebelum ini, kali pertama persidangan ini dianjurkan pada Ogos tahun lalu secara maya yang dihadiri kira-kira 200 peserta.

Tahun ini, persidangan tersebut diteruskan dengan bertemakan “Sustainability: The Heart and Bedrock of Family Business Continuity in the Turbulent Global Environment’.


Pengarang :