Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (gambar hiasan). Foto Arkib Selangorkini
AGENDANASIONAL

Tarikh Ujian Penilaian Kelas Kafa dipinda, beri ruang laksana PRU15

KUALA LUMPUR, 27 OKT: Tarikh pelaksanaan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) (Bertulis) yang dijadualkan pada 14 hingga 17 November depan dipinda kepada 28 November hingga 1 Disember berikutan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata ujian Ulum Syariah (Akidah dan Ibadah) pada 14 November dipinda ke 28 November serta Sirah Jawi dan Khat pada 15 November kepada 29 November.

Selain itu, Adab pada 16 November kepada 30 November dan Lughah Al-Quran pada 17 November kepada 1 Disember.

“Pindaan ini dibuat bagi memberi ruang persediaan dan pelaksanaan PRU15 yang berlangsung pada 19 November,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook Jakim hari ini.

Menurutnya Jakim amat menghargai komitmen semua pihak dalam menjayakan pelaksanaan UPKK kali ini.

– BERNAMA


Pengarang :