Peserta menjalani saringan kesihatan percuma anjuran Team Selangor di Rumah Pangsa Batu Caves pada 2 September 2022. Foto Facebook Team Selangor
AGENSISELANGOR

Team Selangor anjur saringan kesihatan percuma di Batu Caves

SHAH ALAM, 3 SEPT: Seramai 150 individu menyertai saringan kesihatan percuma anjuran Team Selangor di Rumah Pangsa Batu Caves, Pinggiran Batu Caves semalam.

Program itu hasil kerjasama Ahli Majlis Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Zon 4, Badan Pengurusan Bersama (JMB) rumah pangsa terbabit dan badan bukan kerajaan (NGO) lain.

“Seramai 150 orang hadir dan menjalankan saringan kesihatan yang disediakan. Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini,” tulisnya di Facebook.

Program tersebut dirasmikan oleh Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia A Rahim Kasdi.

Pusat Khidmat Rakyat DUN berkenaan juga membuka kaunter pendaftaran bagi program Iltizam Selangor Penyayang.


Pengarang :