Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan melawat pusat jagaan dan perlindungan kucing terbiar Persatuan Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan (SPCA Selangor) pada 29 Oktober 2022. FOTO SUHAILA SHAHRUL ANNUAR
AGENDANASIONAL

Tengku Permaisuri berkenan saksi penyerahan sumbangan kepada pusat jagaan haiwan terbiar

OLEH SUHAILA SHAHRUL ANNUAR

AMPANG, 29 OKT: Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor berkenan berangkat ke majlis penyerahan sumbangan kepada Persatuan Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan (SPCA Selangor) hari ini.

Pada majlis itu, Tengku Permaisuri Norashikin berkenaan menyaksikan penyerahan sumbangan keseluruhan bernilai RM319,900 daripada syarikat korporat dan badan bukan kerajaan (NGO) bagi usaha menangani masalah kucing dan anjing terbiar dengan kaedah penuh perikemanusian.

Antara syarikat korporat yang menyumbang termasuk Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI, Better Foundation Malaysia, Konsortium Jaringan Selangor, Asia Pasific University dan Mystique Universal Sdn Bhd.

Selepas menyaksikan sesi sumbangan, Baginda turut berkenan melawat pusat jagaan dan perlindungan kucing terbiar SPCA Selangor yang menempatkan kira-kira 20 kucing yang boleh dijadikan haiwan angkat.

Baginda sebelum itu turut meluangkan masa menyaksikan persembahan dari Unit Anjing Pengesan (K9) Polis Diraja Malaysia.


Pengarang :