Hujan lebat dan angin kencang menyebabkan air laut turut bergelora. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Tiga daerah di Selangor diramal ribut petir, hujan hingga 9 malam

SHAH ALAM, 27 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Selangor melibatkan daerah Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat sehingga 9 malam ini.

Agensi itu menerusi Twitter memaklumkan keadaan sama juga diramal di seluruh Perlis serta Kedah meliputi Langkawi, Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

Pulau Pinang pula di Sebeprang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan; Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim, Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin).

Manakala Negeri Sembilan melibatkan Jelebu dan Jempol, Johor (Tangkak, Segamat, Muar dan Mersing) serta Sarawak di Betong, Sarikei, Mukah (Mukah) dan Bintulu.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :