Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyantuni mangsa-mangsa kebakaran di Kampung Bahtera, Gombak pada 10 Mei 2022. Foto Facebook Amirudin Shari
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Tinjauan: MB kuat kerja, tangkas tangani masalah penduduk

OLEH ABDUL RAHIM SABRI dan AMIN RIDZUAN ISHAK

GOMBAK, 31 OKT:  Penduduk sekitar sini menyifatkan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari pemimpin yang kuat bekerja dan tangkas menangani masalah penduduk.

Pesara Rossly Baba, 66, dari Taman Sri Gombak menyifatkan prestasi Amirudin sebagai pemimpin negeri dan wakil rakyat di Sungai Tua (sebelumnya dikenali Batu Caves) sangat baik berikutan pelbagai bantuan disalur kepada rakyat.

“Banyak bantuan diberi. Elok juga kalau beliau nak bertanding peringkat parlimen sekarang,” katanya ketika ditemui pada 26 Oktober, sebelum Amirudin diumum bertanding sebagai calon Pakatan Harapan di Gombak.

Rossly Baba

Pengundi pertama kali Mohamed Nizam Haliq, 23, pula mendapati Amirudin banyak menyediakan inisiatif untuk rakyat yang ditimpa kesusahan termasuk era pandemik.

“Ketika Covid-19 dulu, keluarga kami pun dapat bantuan bakul makanan dari Kerajaan Negeri, memang membantu. Waktu itu memang susah,” kata pembantu gerai yang menetap di Kampung Makmur.

Norshiela Mohd Kasim

Suri rumah Norsheila Mohd Kasim, 32, menganggap Amirudin pemimpin cepat menangani masalah orang ramai, terbaharu mengadakan jualan murah menerusi program Jelajah Ehsan Rakyat (JER).

“Saya harap Menteri Besar kerap adakan program seperti itu (JER). Sebab harapkan bantuan lain dengan kos sara hidup naik, sewa rumah naik (tak cukup). Harga makanan pun dua kali ganda,” kata pengundi Gombak Setia itu.

G Chandran

Mekanik motosikal G Chandran, 30, berkata Amirudin seorang pemimpin yang kuat bekerja dan mampu memberi perkhidmatan lebih baik jika menang Parlimen Gombak.

“Saya tengok beliau memang kuat bekerja. Paling nampak semasa Covid-19. Bagi bantuan makanan dan periksa kalau ada Covid-19 (saringan komuniti),” katanya.

 

 


Pengarang :