Pengurus Besar Pengurusan Subsidiari dan Penyampaian Projek KDEB Waste Management (KDEBWM) Ahadi Mohd Nasir (dua, kiri) bersama Pengasas Bersama Kloth Cares Nik Suzila Hassan (dua, kanan), Pengarang Kumpulan Media Selangor Fathi Aris Omar (kiri) dan Pengarah Eksekutif merangkap Pegawai Utama Seltrade Mohd Nizam Mohd Ishak bersama pada Majlis Pelancaran Kloth Cares Bin sempena Hari Alam Sekitar Negara 2022 di Lobi Menara Bank Rakyat, Shah Alam pada 21 Oktober 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Tong kitar semula KDEBWM dapat sambutan, 1,000kg pakaian terpakai dikutip

SHAH ALAM, 22 OKT: Sebanyak 1,000 kilogram (kg) pakaian berjaya dikutip dari tong kitar semula fabrik disedia KDEWB Waste Management (KDEBWM) dengan kerjasama Kloth Cares dalam tempoh tiga bulan.

Pengasas bersama Kloth Cares Nik Suzila Hassan berkata kutipan itu berjaya dibuat dalam tempoh singkat walaupun tong berkenaan baru diletakkan di pusat kitar semula komuniti Cyberjaya pada Julai lalu.

“Disebabkan sambutan memberangsangkan, tong kitar semula kedua diletakkan di lobi Menara Bank Rakyat Shah Alam, Seksyen 14.

“Kemudahan ini sekali gus membolehkan kakitangan di menara ini lebih mudah mengitar semula barangan yang sudah tidak digunakan lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran Tong Kloth Cares dengan kerjasama KDEBWM di lobi Menara Bank Rakyat Shah Alam di sini semalam.

Turut hadir Pengurus Besar Pengurusan Subsidiari & Pelaksana Projek KDEBWM Ahadi Mohd Nasir dan Pengarang Kumpulan Media Selangor Fathi Aris Omar.

Kloth Cares adalah pergerakan keusahawanan sosial tempatan yang menerapkan konsep 3R (guna semula, kurang dan kitar semula).


Pengarang :