Maklumat berkaitan cuaca serata Malaysia boleh dirujuk dilaman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih. Foto BERNAMA
SELANGOR

Tujuh daerah di Selangor diramal ribut petir hingga 2 pagi

SHAH ALAM, 4 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di tujuh daerah iaitu Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan keadaan sama termasuk hujan lebat turut berlaku di Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga jam 2 pagi nanti.

Negeri lain yang turut dilanda cuaca sama ialah Pulau Pinang, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan dan Sarawak.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :