DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj diiringi oleh Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) Dato’ Prof Dr Mohd Roslan Sulaiman (kiri) berkenan menerima cek cura RM1,400,000 daripada Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM Prof Madya Dr Arba’ie Sujud sempena Majlis Makan Malam Sirih Pulang Ke Gagang @ Homecoming ke-11 di Dewan Besar UPM, Serdang pada 1 Oktober 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

UPM bangun portal khas untuk alumni, mudah kemas kini maklumat

SERDANG, 2 OKT: Universiti Putra Malaysia (UPM) membangunkan sebuah portal khas untuk alumninya mengemaskini maklumat semasa.

Naib Canselornya Dato’ Prof Dr Mohd Roslan Sulaiman berkata Sistem Informasi Alumni (AIS) kendalian Pusat Perhubungan Alumni UPM dibangunkan selaras dengan era pendigitalan.

Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) Dato’ Prof Dr Mohd Roslan Sulaiman berucap sempena Majlis Makan Malam Sirih Pulang Ke Gagang @ Homecoming ke-11 di Dewan Besar UPM, Serdang pada 1 Oktober 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

”Alumni merupakan kekuatan dan pemegang taruh terbesar kepada UPM. Menerusi portal ini, alumni boleh mendapatkan pelbagai maklumat terkini mengenai program dan aktiviti yang sedang dan bakal dijalankan.

“Setakat ini, jumlah keseluruhan alumni yang mendaftar menerusi sistem ini seramai 136,989 dengan 127,120 adalah alumni tempatan dan selebihnya antarabangsa. Di Selangor sahaja, alumni berdaftar mencecah 26,919 individu,” katanya.

Beliau berucap dalam Majlis Makan Malam Sirih Pulang Ke Gagang @ Homecoming ke-11 di Dewan Besar Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini, malam tadi.

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj yang juga Canselor UPM berkenan mencemar duli ke majlis tersebut.

DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj diiringi oleh Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) Dato’ Prof Dr Mohd Roslan Sulaiman (kanan) melihat Buku The Three Founding Faculties ”Spurring” The Glories of UPM selepas melancarkan buku tersebut sempena Majlis Makan Malam Sirih Pulang Ke Gagang @ Homecoming ke-11 di Dewan Besar UPM, Serdang pada 1 Oktober 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Tambahnya, UPM bakal mempunyai kompleks bangunan alumni iaitu Alumni City yang dilengkapi kemudahan moden yang dirancang sendiri persatuan alumninya.

“Projek ini menyahut titah Tuanku Canselor yang menyarankan supaya Persatuan Alumni UPM menggerakkan projek sumbangan Alumni RM10 sebulan dan bergiat aktif bukan sahaja di peringkat nasional tetapi serantau.

“Selain itu, sebuah Menara Jam Warisan Budi UPM bakal dibina pada Januari depan dengan jumlah dana terkumpul lebih RM1.45 juta dan menjadi tanda baharu dan kebanggaan warganya,” katanya.


Pengarang :