Dato’ Menteri Besar Selangor Dato’ Amirudin Shari melihat reruai pameran selepas merasmikan Pembukaan Persidangan Pernigaan Keluarga 2022 Asia Pasifik yang ke – 2 di Hotel Hilton, Petaling Jaya pada 18 Oktober 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Usahawan luar negara termasuk Sepanyol antara 200 peserta persidangan syarikat keluarga

PETALING JAYA,18 OKT: Lebih 200 peserta termasuk usahawan dari Indonesia, Filipina dan Sepanyol
menghadiri Persidangan Syarikat Keluarga Asia Pasifik kali Ke-2 anjuran BinaPavo di Hotel Hilton, di sini hari ini.

Presiden BinaPavo Dr Mohar Yusof berkata persidangan yang berlangsung secara hibrid itu menerima sambutan amat menggalakkan daripada usahawan pelbagai sektor.

“Antara perniagaan atau syarikat keluarga yang terlibat ialah bidang teknologi komunikasi dan maklumat, tenaga solar, hartanah, kejuruteraan, pemasaran dan keselamatan.

“Penglibatan syarikat-syarikat ini mampu mencari rangkaian perniagaan yang lebih meluas,” katanya ketika ditemui.

Dato’ Menteri Besar Selangor Dato’ Amirudin Shari berucap sempena pembukaan Persidangan Perniagaan Keluarga 2022 Asia Pasifik kali kedua di Hotel Hilton, Petaling Jaya pada 18 Oktober 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Terdahulu, persidangan yang disempurnakan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Selangor Eddie Ahmad Khodzali.

Tambah Dr Mohar, persidangan berkenaan antara lain menawarkan perspektif serta pandangan yang menyeluruh kepada perserta terhadap matlamat pembangunan mampan.

“Kemampanan kepada perniagaan dan syarikat keluarga bukanlah hanya berkaitan kewangan dan penjagaan persekitaran dan sosial tetapi daripada segi kelangsungan perniagaan merentasi generasi,” katanya.

BinaPavo merupakan firma perundingan yang memberikan khidmat nasihat khususnya kepada usahawan yang mejalankan perniagaan dan syarikat keluarga.

Persidangan kali pertama pada Ogos tahun lalu berlangsung sepenuhnya secara maya dihadiri kira-kira 200 peserta.

Tahun ini, persidangan sama diteruskan dengan membawa tema “Sustainability: The Heart and Bedrock of Family Business Continuity in the Turbulent Global Environment’.


Pengarang :