ADN Balakong Wong Siew Ki bercakap kepada media selepas menyerahkan kad sim percuma di Pusat Khidmat ADUN Balakong Taman Kasturi, Kajang pada 26 Oktober 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

Wakil rakyat Balakong anjur festival jualan, bantu peniaga jana pendapatan

Oleh SUHAILA SHAHRUL ANNUAR

HULU LANGAT, 7 OKT: Peniaga sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong berpeluang menjana pendapatan menerusi Festival Perindustrian, Kebudayaan dan Kesenian Balakong di Dataran C180 di sini pada 29 dan 30 Oktober.

Wakil rakyatnya Wong Siew Ki berkata orang ramai juga berpeluang mendapatkan pelbagai barangan termasuklah makanan, keperluan asas dan barangan bayi di festival dua hari yang bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.

“Mereka ini kebanyakannya memulakan perniagaan ketika Perintah Kawalan Pergerakan jadi ini adalah platform promosi terbaik selain meluaskan rangkaian pelanggan mereka.

“Festival berkenaan turut dimeriahkan dengan beberapa program lain seperti pertandingan memasak dan mewarna untuk kanak-kanak,” katanya ketika ditemui pada program Jelajah Ehsan Rakyat di sini, hari ini.

Orang ramai mengambil peluang membeli barangan keperluan asas pada harga murah sempena program Jelajah Ehsan Rakyat di Taman Cheras Prima, Balakong pada 7 Oktober. Foto SUHAILA SHAHRUL ANNUAR/SELANGORKINI

Mengulas mengenai jualan murah anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor, Siew Ki berkata pihaknya memohon penambahan kawasan bagi memastikan lebih ramai penduduk menerima manfaat.

Jualan barangan keperluan asas pada harga murah bagi DUN Balakong dijadual berlangsung di Taman Kasturi pada 11 Oktober dan Balai Raya Kampung Sungai Chua (13 Oktober).


Pengarang :