Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) menyalurkan sumbangan kecemasan kepada 12 mangsa ribut di Jalan Kebun, Klang pada 22 Oktober 2022. Foto Facebook Yide
AGENSISELANGOR

Yide hulur wang tunai, keperluan harian ringan beban mangsa ribut

SHAH ALAM, 22 OKT: Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) menyalurkan sumbangan kecemasan kepada 12 mangsa ribut di Jalan Kebun, Klang semalam.

Menerusi Facebook, agensi itu memaklumkan semua mangsa menerima bantuan berbentuk wang tunai dan pek prihatin yang mengandungi barangan keperluan harian.

“Yide menyalurkan sumbangan kecemasan kepada 12 keluarga dilanda musibah yang diketuai Pengurus Operasi Bahagian Kebajikan dan Publisitinya Md Arifin Jaafar.

“Yide menzahirkan penghargaan terima kasih atas sumbangan orang ramai dan telah disalurkan kepada golongan sasar,” katanya.

Turut hadir Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Jalan Kebun dan Eksekutif Kebajikan Yide Muhammad Zubair Azizan.

Sementara itu, Yide mengajak orang ramai berkongsi rezeki dengan berinfaq menerusi pautan https://yide.com.my/donations/infaq-dana-musibah/

Pada Rabu bumbung hampir 20 rumah rosak dan diterbangkan susulan kejadian ribut yang berlaku kira-kira jam 3.45 petang.

Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) menyalurkan sumbangan kecemasan kepada 12 mangsa ribut di Jalan Kebun, Klang pada 22 Oktober 2022. Foto Facebook Yide

Pengarang :