Siti Norasyiqin Abdul Latif, 29, membantu mengemas rumah bapa mertuanya Kamarudin Mohd Sab yang terjejas akibat banjir di Kampung Pengkalan, Alor Gajah pada 28 Oktober 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

1,301 mangsa bah enam negeri, jumlah di Selangor menurun

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 22 NOV: Seramai 1,301 mangsa banjir daripada 369 keluarga masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di enam negeri, setakat 8 pagi tadi.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) menerusi Facebook memaklumkan Perak mencatatkan mangsa banjir tertinggi iaitu 780 orang daripada 222 keluarga yang ditempatkan di sembilan PPS di lima daerah.

Jumlah mangsa banjir di Selangor menurun dengan 390 orang daripada 111 keluarga berada di sembilan PPS yang dibuka di dua daerah.

Tiga negeri mencatatkan mangsa banjir yang tidak berubah sejak semalam iaitu Kelantan 30 orang daripada enam keluarga, Johor (62 orang daripada 18 keluarga) dan Melaka (11 orang daripada empat keluarga).

Pahang pula mencatatkan mangsa bah baharu iaitu 27 orang daripada lapan keluarga ditempatkan di satu PPS.

Sebelum itu, seramai 1,251 mangsa banjir masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di empat negeri, setakat jam 8 malam semalam.


Pengarang :