Mangsa banjir Dermasaksiah Othman, 72, melihat air yang memasuki rumahnya akibat bencana banjir ketika tinjauan di Kampung Asahan, Kuala Selangor pada 17 November 2022. Foto BERNAMA
AGENSISELANGOR

15 mangsa banjir dari Bestari Jaya pindah ke pusat pemindahan

OLEH AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 21 NOV: Seramai 15 individu daripada tujuh keluarga di Taman Sri Kuantan, Bestari Jaya terpaksa dipindahkan selepas kediaman mereka dinaiki air setinggi 0.6 meter pagi ini.

Jurucakap Bilik Gerakan Bencana Daerah Kuala Selangor memaklumkan mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Dewan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS).

“Panggilan banjir diterima bilik gerakan pada 7.37 pagi dan sepasukan anggota bomba dihantar ke lokasi untuk penyelamatan,” kata jurucakap itu ketika dihubungi.

Difahamkan, banjir berlaku selepas hujan lebat pagi ini dan belum surut hingga 4.15 petang tadi.

Sementara itu, 89 mangsa banjir di Kampung Asahan Kuala Selangor sejak 17 November lalu masih berada di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru, Kuala Selangor.

 


Pengarang :