Beberapa petugas meyiapkan hidangan Nasi Ambeng untuk dihidangkan kepada tetamu dalam Program `World Food Day 2021′ Makanan Tradisi Negeri Selangor di Kampung Sungai Lang Tengah, Banting pada 16 Oktober 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

2,022 hidangan nasi ambeng bakal diiktiraf Malaysia Book of Records

SHAH ALAM, 21 NOV: Sebanyak 2,022 dulang nasi ambeng akan dihidangkan sempena Fiesta Nasi Ambeng Tradisional Selangor pada 27 November ini, kata EXCO kebudayaan.

Menurut Borhan Aman Shah, acara yang berlangsung di Pantai Bagan Lalang, Sepang itu bakal dicatatkan dalam Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai hidangan terbanyak.

“Hidangan ini adalah salah satu usaha Kerajaan Negeri mempromosikan makanan nasi ambeng sebagai makanan tradisional bernilai tinggi di Selangor,” katanya di Facebook.

“Jemput hadir beramai-ramai bersama kawan, keluarga dan saudara mara bagi menikmati hidangan nasi ambeng secara percuma. Satu dulang disediakan untuk empat orang atau satu keluarga.”

Berlangsung dari 10 pagi hingga 4 petang, festival itu turut menyediakan aktiviti menarik lain antaranya pertandingan video kreatif dan cabutan bertuah.

Orang ramai juga akan dihiburkan dengan persembahan artis seperti Aiman Sidek, Kaka Azraff, Shafie Rio selain Kelab Tunas Sinar Sekolah Kebangsaan Sungai Lang, Kumpulan Sri Kenchana dan artis budaya Majlis Kebudayaan Negeri Selangor.


Pengarang :