Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Johan Setia, Klang pada 10 November 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

211 mangsa banjir ditempatkan ke tiga pusat pemindahan di Klang

KLANG, 10 NOV: Seramai 211 mangsa banjir daripada 49 keluarga ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Klang dan Petaling.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata mangsa paling ramai ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Johan Setia iaitu seramai 147 individu daripada 32 keluarga.

“Sementara di SK Sungai Binjai Meru, Klang pula menempatkan 32 mangsa banjir daripada tujuh keluarga manakala Dewan Orang Ramai Kampung Budiman pula 32 mangsa daripada 10 keluarga.

“Di Kampung Budiman kita dapati ada tiga mangsa banjir dikesan positif Covid-19 dan kini diasingkan di sebuah dewan,” katanya selepas meninjau mangsa banjir di SK Kampung Johan Setia malam ini.

Petang tadi, beberapa kawasan di Klang dilanda banjir kilat. Susulan itu, Kerajaan Negeri menggerakkan aset dan jentera pelbagai agensi ke Kapar dan Meru, Klang untuk membantu penduduk.


Pengarang :