Anis Sanudin menunjukkn kad sim yang diberi secara percuma kepada mangsa banjir menerusi inisiatif Data Internet Selangor di Dewan Azalea MBSA, Seksyen 25, Shah Alam pada 25 Disember 2021. Goto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

373 kampung terima WiFi, rumah kos rendah dan penjaja dikecuali cukai

Oleh Diana Abd Wahab

SHAH ALAM, 26 NOV: Sebanyak 373 kampung tradisional bakal menerima perkhidmatan WiFi bagi mengurangkan jurang digital antara bandar dan desa pada tahun depan.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menjelaskan kira-kira 2,100 pusat akses dibangunkan menjelang 2023 menerusi peruntukan RM5.93 juta.

“WiFi Awam percuma telah dilaksanakan di Selangor sejak 2015. Menerusi insentif ini, kemudahan WiFi disediakan di balai raya, masjid, atau surau di semua perkampungan,” katanya  dalam pembentangan Belanjawan 2023 semalam.

Selain itu, Amirudin berkata Kerajaan Negeri akan meneruskan program pengecualian cukai taksiran bagi kategori kediaman kos rendah dan kediaman kampung serta dan fi lesen penjaja dan peniaga kecil tahun depan.

“Pengecualian ini diberi sejak  2016 dan tahun depan merupakan tahun kelapan pengecualian cukai taksiran dan fi lesen diberi kepada kumpulan sasar,” katanya sambil menambah ia membabitkan kesan kewangan RM68.7 juta.


Pengarang :