Orang ramai tidak melepaskan peluang membeli barang keperluan asas yang dijual murah berbanding harga pasaran menerusi program Jelajah Ehsan Rakyat peringkat DUN Taman Templer di Taman Amansiara, Gombak pada 27 November 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

500 ekor ayam habis dalam sejam, jualan murah dapat sambutan

OLEH DIANA ABD WAHAB

SELAYANG, 27 NOV: Barangan seperti telur, ayam dan minyak masak yang dijual sempena program jualan Jelajah Ehsan Rakyat (JER) peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Templer habis dijual dalam tempoh satu jam.

Setiausaha Pejabat Sektor Perniagaan dan Pemasaran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Fatimah Azzahro Mohd Johari berkata barangan lain seperti beras, ikan dan daging turut habis dalam tempoh singkat.

“Telur dan ayam kita hadkan masing-masing satu papan dan dua ekor setiap seorang bagi pastikan semua dapat peluang beli barangan terlaris. Jika pembeli mahu lebih perlu beratur dan ambil giliran sekali lagi.

“Kita buka jualan pada jam 10 pagi tetapi orang ramai beratur seawal 8 pagi. Kira-kira 30 minit operasi bermula hampir 300 ekor ayam dan 200 papan telur terjual, dalam sejam semua 500 ekor dan 300 papan terjual,” katanya hari ini.

Setiausaha Pejabat Sektor Perniagaan dan Pemasaran PKPS Fatimah Azzaharo Mohd Johari

Berlangsung di Taman Amansiara di sini, PKPS turut membawa 300 pek daging pejal segar (RM10 per pek), 150 botol minyak masak 5 kg (RM25), 300 kampit beras 5kg (RM10) dan 300 pek ikan kembung (RM6 per pek).

JER yang dilanjutkan sehingga Mac tahun depan menawarkan jualan harga barangan makanan asas pada harga 30 peratus lebih rendah berbanding pasaran.


Pengarang :