Keadaan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Sungai Serai ketika tinjauan pada 22 Disember 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

659 mangsa banjir Selangor di tujuh PPS setakat pagi ini

SHAH ALAM, 13 NOV: Seramai 659 mangsa banjir daripada 161 keluarga di Selangor ditempatkan di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 9.29 pagi ini.

Menerusi kemas kini di laman sesawang Info Bencana JKM, mereka yang terlibat ialah 425 dewasa yang mana 17 daripadanya warga emas, 205 kanak-kanak dan 29 bayi.

PPS terbabit ialah Sekolah Rendah (SK) Agama Pekan Meru dengan 145 mangsa, SK Sungai Binjai (371), SK Sungai Sireh (12), Sekolah Menengah Kebangsaan Jeram (42), Sekolah Rendah Agama Pekan Meru (23), Dewan Orang Ramai Seri Harmoni (18) dan SJK (C) Yuk Chih Batang Berjuntai (48).

Keseluruhan, seramai 2,677 mangsa banjir terjejas di tujuh negeri iaitu Selangor, Johor, Kelantan, Pulau Pinang, Melaka, Kedah dan Perak.

Manakala sebanyak 27 PPS dibuka yang menempatkan 788 keluarga.


Pengarang :