Oleh Faizal Nazaruddin
SHAH ALAM, 22 NOV: Semua kawasan pantai di Kuala Langat ditutup kepada orang ramai pada Khamis dan Jumaat ini berikutan ramalan air pasang besar.
Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) menerusi Facebook menasihatkan semua pihak mematuhi larangan aktiviti mandi, berkelah, bermain pasir, memancing, menaiki bot dan berniaga dalam tempoh tersebut.
Antara kawasan perkelahan popular di bawah pentadbiran MPKL ialah Pantai Morib, Pantai Kelanang, Pantai Batu Laut, Pantai Cunang dan Pantai Tanjung Rhu
Untuk pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi MPKL melalui talian 03-31872825 atau melalui aplikasi whatsapp 012-3004891 / 012-3004256.