Syed Ahmad Syed Abdul Rahman atau lebih di kenali Altimet ketika ditemui Media Selangor pada 10 November 2022. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Altimet nasihat pengundi ambil masa nilai calon bertanding

AMPANG JAYA, 12 NOV: Pelakon rap, Altimet menasihati pengundi pertama kali terutama anak muda supaya bermuhasabah sebelum memilih wakil rakyat yang layak memimpin kawasan mereka.

Altimet atau nama penuhnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman, 43, turut meminta golongan terbabit membuat kajian mendalam berhubung calon yang bertanding pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

“Buat anak muda, kamu sekarang berada dalam satu masa yang mana kamu akan memilih wakil rakyat untuk membawa suara kamu ke peringkat persekutuan.

“Jadi saya nasihatkan buat kajian mengenai calon-calon ahli Parlimen di kawasan kamu. Sekurang-kurangnya ambil sedikit masa untuk fikir dan muhasabah sebelum pilih calon yang kamu rasa terbaik,” katanya semalam.

Tinjauan Selangorkini mendapati ramai anak muda samar dengan suasana politik negara dan akan mengikut keluarga memilih calon dalam PRU15.

Berdasarkan pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan diluluskan tahun lepas, usia layak mengundi diturunkan daripada 21 kepada 18 tahun serta pendaftaran pemilih secara automatik.


Pengarang :