AGENDA NASIONAL

Amaran hujan lebat, angin kencang di Hulu Langat hingga 10 malam

SHAH ALAM, 9 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Hulu Langat, Selangor hingga 10 malam.

Agensi itu memaklumkan cuaca sama diramal melanda Perak (Batang Padang dan Muallim), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong dan Bera), Negeri Sembilan, Melaka serta beberapa kawasan di Sarawak.

Menurut MetMalaysia di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :