AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat di Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat hingga 9 malam

SHAH ALAM, 13 NOV: Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dikeluarkan meliputi Hulu Selangor, Gombak serta Hulu Langat di Selangor hingga 9 malam

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca sama melanda seluruh Kuala Lumpur dan Pulau Pinang serta beberapa kawasan di Kedah, Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan Sarawak

Menurut MetMalaysia di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

.


Pengarang :