Pemandu kenderaan dan penunggang motosikal terpaksa meredah banjir berikutan hujan lebat berterusan ketika tinjauan Selangorkini di Persiaran Jubli Perak Seksyen 22, Shah Alam pada 18 Disember 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat di KL, tujuh daerah di Selangor hingga 6 petang

SHAH ALAM, 26 NOV: Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dikeluarkan meliputi Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang di Selangor hingga 6 petang.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca sama melanda seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya dan Perlis serta beberapa kawasan di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Sabah.

Menurut MetMalaysia di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :