AGENDA NASIONAL

Amaran hujan lebat di Klang, Kuala Langat dan Sepang hingga 6 petang

SHAH ALAM, 18 NOV: Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dikeluarkan meliputi Klang, Kuala Langat serta Sepang di Selangor hingga 6 petang.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca sama melanda Putrajaya, Perlis, Negeri Sembilan dan Melaka serta beberapa kawasan di Kedah, Perak, Kelantan, Pahang, Sarawak dan Sabah.

Menurut MetMalaysia di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :