AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat, ribut petir di Lembah Klang hingga 1 pagi

SHAH ALAM, 4 NOV: Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dikeluarkan melibatkan seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 1 pagi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca sama melanda beberapa kawasan di Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak, dan Labuan.

Menurut MetMalaysia di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :