Maklumat berkaitan cuaca serata Malaysia boleh dirujuk di laman sesawang www.met.gov.my, media sosial atau aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih (gambar hiasan). Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat seluruh Selangor, KL dan Putrajaya hingga 5 petang

SHAH ALAM, 8 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 5 petang ini.

MetMalaysia menerusi Facebook memaklumkan keadaan sama diramal berlaku di beberapa kawasan di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Pahang.

Beberapa kawasan di Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah juga diramal mengalami cuaca buruk sama.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :