Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari beramah mesra bersama komuniti nelayan di Pantai Jeram, Kuala Selangor pada 14 November 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Amirudin: SPR disaran tambah baik pelaksanaan undi pos, elak penipuan

KUALA SELANGOR, 14 NOV: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) disaran menambah baik pelaksanaan undi pos terutama membabitkan pemilih luar negara.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata dakwaan terdapat pengundi pos yang belum menerima kertas undi tidak sepatutnya berlaku.

“SPR kena pastikan benda ini (pengundi pos belum terima kertas undi) tidak berlaku kerana dibimbangi ada ruang untuk penipuan.

“Jadi SPR kena bersikap profesional dan saya harap benda ini tidak berlaku,” katanya ditemui selepas menghadiri majlis makan tengah hari bersama penduduk Kuala Selangor di Dewan Orang Ramai Kampung Bukot Kuching Tengah di sini, hari ini.

Semalam, media melaporkan ada pengundi pos khususnya pengundi luar negara masih belum menerima kertas undi mereka.

Malah ada antara mereka memaklumkan hanya akan menerima kertas undi pos pada hari pengundian Sabtu ini.

Tinjauan di Twitter turut mendapati ada pengundi yang hampir seminggu mendaftar untuk mengundi secara pos, namun sehingga kertas undi tersebut belum sampai ke tangan mereka.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari beramah mesra bersama komuniti nelayan di Pantai Jeram, Kuala Selangor pada 14 November 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Pengarang :