Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada sesi ramah mesra bersama penyokong calon HARAPAN Parlimen Kapar Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid di Jalan Padang pada 16 November 2022. Foto Facebook Anwar Ibrahim
AGENDANASIONAL

Anwar tidak kisah dilabel ‘PM tepi’ asal tidak sakau duit

KLANG, 16 NOV: Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak kisah dilabel sebagai “perdana menteri (PM) tepi” oleh beberapa pihak termasuk Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu berkata perjuangannya kali ini untuk memperoleh mandat rakyat bagi memungkinkan agenda perubahan dan membentuk budaya tadbir urus yang baik.

“Ini saya nak jawab Muhyiddin. Ok Anwar perdana menteri tepi, tetapi saya tidak sanggup gadai maruah bangsa, tidak curi harta rakyat, saham dan tanah.

“Apa guna jadi perdana menteri, kalau orang kata sakau, curi harta rakyat,” katanya pada ceramah mega HARAPAN bagi Parlimen Kapar di sini hari ini.

Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada sesi ramah mesra bersama penyokong calon HARAPAN Parlimen Kapar Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid di Jalan Padang pada 16 November 2022. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Anwar, yang juga calon HARAPAN Parlimen Tambun turut mencabar calon dari semua parti yang bertanding dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15) mengisytiharkan harta.

Beliau menegaskan tindakan tersebut penting bagi membuktikan ketelusan mereka terhadap rakyat untuk memerintah negara jika diberikan mandat pada 19 November.

“Calon HARAPAN buat, begitu juga dengan Barisan Nasional dan PN atau sesiapa. Siapa yang jadi calon kena beritahu rakyat berapa harta yang dia ada.

“Tetapi Muhyiddin tidak mahu sebab ada rekod harta di sini dan Australia, harta anak menantu. Kalau pemimpin PAS mungkin boleh tipu. Kalau bersih, beritahulah harta,” katanya.

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) mewajibkan calonnya yang bertanding dalam PRU-15 mengisytihar harta mengikut Akta Akuan Berkanun 1960.


Pengarang :