Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (kiri) bersama EXCO Industri Halal Mohd Zawawi Ahmad Mughni (kanan) ketika gimik perasmian Praperancangan Sistem Pengurusan Maklumat CMS dan aplikasi HalalSel di Dewan Annex, Shah Alam pada 30 November 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Aplikasi khas sedia maklumat produk halal dilancar Mac 2023

SHAH ALAM, 30 NOV: Orang ramai boleh mendapatkan maklumat berhubung perkhidmatan dan produk halal menerusi aplikasi khas yang dibangunkan Kerajaan Negeri mulai Mac tahun depan.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata aplikasi yang dinamakan sebagai HalalSel turut memuatkan maklumat lebih 5,000 pemegang sijil halal dan lokasi perniagaan mereka.

“Secara tidak langsung, aplikasi ini turut membantu mempromosi dan memperkenal produk peniaga. Ini dapat memperkasa lagi industri perniagaan secara lebih meluas,” katanya di Dewan Annex di sini.

Beliau yang ditemui pada prapelancaran HalalSel hari ini menambah fungsi aplikasi itu akan ditambah baik, termasuk mencantumkannya dengan e-dompet Wavpay dan Citizen E-Payment (CEPat).

Amirudin menjelaskan HalalSel juga bakal menjadi aplikasi berpusat yang boleh melaksanakan transaksi dan jual beli secara dalam talian.

“Selangor bakal memiliki saluran baharu bagi menyampaikan bantuan khas kepada peniaga atau usahawan manakala pengguna pula boleh menjadikannya untuk mendapat baucar halal” katanya.

Pada Julai, Amirudin memaklumkan aplikasi terbabit akan mendorong syarikat terutama berasaskan makanan mendaftar produk mereka untuk mendapat pensijilan halal.


Pengarang :